![[VIDEO] Umur 53 Tahun Tapi Wajah & Stamina Macam Orang Muda, Memang Power Lah Uncle!](https://media.ohbulan.com/2020/11/papa.jpg)

Memiliki tubuh badan sihat dan bertenaga merupakan salah satu perkara yang menjadi idaman setiap orang. Oleh hal demikian, golongan ini perlu menitikberatkan tentang gaya hidup sihat termasuklah aspek pemakanan dan senanam.
Terbaru, seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama, Ninietang143 berkongsi pengalamannya memiliki seorang bapa yang juga merupakan personal fitness trainer.
Umur dah 53 tahun
https://twitter.com/ninietang143/status/1329130842988310528?s=21
Berdasarkan video pendek berdurasi 1:27 saat itu memperlihatkan si bapa sedang menunjukkan demonstrasi melakukan senaman kepada anak si anak. Menurut gadis ini, meskipun bapanya sudah berusia 53 tahun tetapi jika dilihat dari wajah, bentuk badan dan stamina persis seperti orang muda.
Selain itu, gadis ini memaklumkan setiap kali jika dia pulang ke rumah, pasti bapanya akan mengajar cara senaman yang betul dan mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Walaupun begitu, dia mengakui tidak mengamalkannya.
Pernah menang Mr Malaysia

Bercerita dengan lebih lanjut, gadis ini memaklumkan bahawa bapanya pernah memenangi Mr Malaysia, Mr Penang dan satu pertandingan di Singapura tanpa mengambil steroid. Dia mengakui bapanya merupakan seorang ahli bina badan dan trainer yang anti steroid.
‘Moga Allah sentiasa lindungi papa’


30 tahun jadi trainer
Aku saja la call papa aku tadi. “Papa, kalau ada orang first time nak join papa. Papa ada buat tak untuk free trial atau 1/2 price?”
Sorry guys! Value papa aku tinggi. 30tahun lebih jadi trainer. 🤪 ko hado?
Sorry sleng papa aku memang mahal. Dia lot of mix. pic.twitter.com/SJkzA14E96— DumpiesBy~NinieTang (@ninietang143) November 19, 2020
Difahamkan, bapanya itu sudah mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun. Sementara itu, bapanya sempat memberi sedikit tips bahawa setiap orang yang melakukan senaman seperti ini perlu berdisiplin dan paling penting menjaga pemakanan.
Sumber: Ninietang143





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

