berita

Forteen Rancang Nak Buat Konsert, Syukur Lagu ‘Berdua Bersatu’ Trending Di TikTok

September 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak belakangan ini, lagu ‘Berdua Bersatu’ nyanyian kumpulan Forteen kembali menjadi trending di TikTok. Berikutan daripada itu, OhBulan! sempat menemu bual tiga orang jejaka daripada kumpulan tersebut iaitu One, Ameer dan Ariz.

Masih lagi gembira bersama

Menurut One, ianya satu permulaan yang baik buat mereka apabila lagu tersebut kembali viral.

Satu permulaan yang baik buat kami, walaupun kami bertiga, aura Izzue tetap ada bersama kami. Kami masih lagi gembira bekerja bersama dan bekerja di lokasi yang sama. Kami masih okay, Alhamdulillah.

Ujar Ariz pula, rata-rata peminat berharap mereka akan membuat kemunculan semula. Tambah Ariz, peminat mahu mereka melakukan konsert.

Kalau nak kata peluang itu, kita sememangnya kita nak. Kebanyakan yang komen cakap bila kami berempat nak buat kemunculan semula. Kalau boleh kami pun nak. Cuma kami perlukan doa sebab nak buat benda ni bukan mudah. Sebab kami berempat masing-masing dah ada komitmen masing-masing. Jadi InsyaAllah kalau ada rezeki bersama memang kami akan buat konsert.

Jelas Ariz, kali terakhir mereka melakukan konsert pada tahun 2014. Selepas itu, mereka menyepi selama tiga tahun.

Kami memang ada plan nak buat konsert. InsyaAllah ada dalam perancangan. Kalau buat pun mungkin sekala kecil dahulu. Kami buat live dekat TikTok, ramai komen cakap kenapa tak buat berempat. Sebab peminat nak tengok kami bersama. Ada satu hari tu kami dapat live berempat dan pendapat yang diterima daripada peminat itu sangat bagus.

Disoal mengenai perkembangan terkini, Ariz berkata dia sedang giat aktif di TikTok sejak dua tahun tahu. Tambahnya, dia bakal mengeluarkan produk tidak lama lagi. Ujar One pula, dia memberi fokus sepenuhnya terhadap spa yang diusahakan di Seksyen 7, Shah Alam. Manakala Ameer pula sibuk menguruskan perniagaan dan keluarga di rumah. Kesemua mereka ditemui OhBulan! ketika TikTok Awards Malaysia 2023.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×