berita

Foto : Apex & Leuniey Mula Borong Barang Baby

November 25th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Apex dan Leuniey 1

Hanya tinggal dua bulan lebih sahaja lagi, pasangan romantis, Apex dan Leuniey bakal menimang cahaya mata sulung mereka, yang dijangka bakal lahir pada awal Februari tahun hadapan.

Justeru itu, menerusi laman sosial pasangan tersebut, kedua-duanya dilihat sudah mula sibuk membuat persediaan bagi menyambut kelahiran bayi mereka, dengan membeli serba sedikit barang keperluan seperti pakaian, baby carrier serta buaian.

Artikel Berkaitan :

Apex dan Leuniey  11

Apex mencuba baby carrier

Meneliti setiap foto yang dikongsikan, nampaknya pasangan ini begitu teruja untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka yang digelar dengan panggilan Baby K dan perasaan tersebut turut dirasai oleh pengikut laman sosial masing-masing.

Dalam pada itu, menerusi ruang komen yang disediakan, dilihat ramai juga memberikan beberapa tips berguna buat pasangan ini, terutama sekali dalam soal pembelian barang keperluan bayi.

Apa pun, untuk semua peminat bola sepak negeri Kelantan, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto terbaru gelagat Apex dan isteri tercinta sewaktu memborong barang bayi. Jom layan!

Kredit Foto : Instagram Leuniey & Apex

SKIP THIS AD ×