Pagi tadi, bekas pelakon lelaki yang kini bergelar pendakwah bebas iaitu Bob Lokman telah dikejarkan ke sebuah hospital kerana mengalami masalah kesihatan.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Taiping selepas mengadu sesak nafas.

Bob Lokman mengalamai komplikasi paru-paru berair

Berita ini turut disahkan sendiri oleh Ustaz Nazmi Karim menerusi laman Facebooknya dan meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan pendakwah itu yang difahamkan berpunca daripada masalah paru-paru berair.

Difahamkan beliau sedang menikmati jamuan buah durian di sebuah majlis di Kuala Kangsar sebelum dikejarkan ke hospital.