Jerebu dah mula reda dan pemandangan pun kembali jelas. Tapi belum sempat nak tarik nafas lega, cuaca sekarang pula macam suka buat kejutan!
Pagi keluar rumah, matahari terang sampai rasa yakin tak perlu bawa payung. Sekali masuk petang, langit tiba-tiba gelap dan hujan turun tanpa sebarang amaran. Memang susah nak jangka cuaca sekarang, terutama sekali apabila musim monsun mula menjengah.
Nak rancang aktiviti outdoor pun kena fikir dua tiga kali. Picnic yang dah lama dirancang mungkin terpaksa ditangguhkan, manakala plan lepak bersama kawan-kawan pula boleh berubah menjadi sesi santai di rumah.
Tapi, keadaan yang tak menentu bukan alasan untuk biarkan mood korang turut kelabu. Mana tahu, ada kejutan menarik yang boleh menceriakan hari korang!
Panas atau hujan, ada sesuatu untuk korang!
Kalau matahari kembali cerah, bolehlah teruskan plan picnic atau lepak santai bersama geng. Lagi best, Tropicana Twister kini menawarkan promosi 2x Twinpack, dimana korang berpeluang untuk mendapatkan picnic mat yang sesuai dibawa bersama ketika aktiviti outdoor.
Kalau hari tiba-tiba mendung, masih ada sesuatu yang menarik menanti! Di lokasi roadshow terpilih, korang yang membeli dua Tropicana Twister Twinpack berpeluang memutar roda untuk memenangi pelbagai premium menarik.
Antara hadiah yang menanti termasuk picnic mat, foldable shopping bag, plush keychain, food container dan Touch ‘n Go eWallet PIN.
Sama ada untuk picnic apabila cuaca kembali cerah atau melengkapkan momen santai ketika hujan, hadiah-hadiah ini boleh menambahkan lagi keseronokan dalam rutin harian korang.
Korang boleh singgah ke roadshow Tropicana Twister di lokasi terpilih berikut:
- AEON Ampang Utara 2: 23 November 2026 – 29 November 2026
- Giant Bandar Kinrara: 23 November 2026 – 06 Disember 2026
- Lotus’s Kepong: 27 November 2026 – 29 November 2026
- AEON BiG Putrajaya: 4 Disember 2026 – 13 Disember 2026
- Billion Kota Permai: 7 Disember 2026 – 13 Disember 2026
- Mydin Bukit Mertajam: 14 Disember 2026 – 20 Disember 2026
- AEON Ayer Keroh: 17 Disember 2026 – 22 Disember 2026
- AEON BiG Wangsa Maju: 18 Disember 2026 – 24 Disember 2026
- AEON Cheras Selatan: 26 Disember 2026 – 03 Januari 2027
- Billion Seri Iskandar: 28 Disember 2026 – 03 Januari 2027
Ikuti media sosial Tropicana Malaysia untuk maklumat lanjut.
Jangan tunggu terlalu lama kerana premium tersedia sementara stok masih ada. Tertakluk kepada Terma dan syarat.
Dengan personalitinya yang playful, Juicester membawa sedikit keceriaan ketika korang perlu memperlahankan aktiviti luar buat sementara waktu. Keadaan di luar mungkin kelabu, tetapi suasana di rumah masih boleh jadi lebih fun!
Bukan sekadar tampil dengan wajah baharu, Tropicana Twister juga merupakan sumber Vitamin C, sesuai dinikmati untuk menyegarkan lagi waktu korang di rumah. Vitamin C menyumbang kepada fungsi normal sistem imun.
Wajah baharu, tapi rasa kegemaran korang masih sama!
Bukan promosi sahaja yang menarik perhatian, Tropicana Twister juga tampil dengan penampilan baharu yang lebih colourful dan penuh karakter.
Kalau korang perasan ada sesuatu yang berbeza pada packaging Tropicana Twister, inilah masanya untuk berkenalan dengan wajah baharunya!
Penampilan terbaharu ini turut memperkenalkan Juicester, karakter playful yang membawa lebih banyak warna, personaliti dan good vibes dalam rutin harian.
Macam kawan yang sentiasa ada idea spontan, Juicester mengingatkan korang supaya tidak terlalu serius apabila rancangan tiba-tiba berubah. Kadang-kadang, tukar tempat atau aktiviti pun dah cukup untuk mencipta kenangan menyeronokkan.
Walaupun tampil dengan wajah baharu, korang masih boleh menikmati rasa Tropicana Twister yang sama seperti yang digemari selama ini.
Rasai pulpa, nikmati buahnya dengan Tropicana Twister
Apa pun keadaan di luar, waktu santai korang boleh ditemani dengan Tropicana Twister yang dinikmati ketika sejuk.
Setiap tegukan menawarkan rasa buah bersama tekstur pulpa yang boleh dirasai, memberikan pengalaman menikmati minuman yang lebih memuaskan.
Bukan itu sahaja, Tropicana Twister juga merupakan sumber Vitamin C yang menyumbang kepada fungsi normal sistem imun.
Jadi, sama ada korang sedang bersiap untuk aktiviti outdoor atau mengubah rancangan menjadi sesi lepak indoor, Tropicana Twister boleh menjadi sebahagian daripada momen kecil yang menceriakan hari.
Cuaca mungkin susah dijangka, tapi keseronokan tak semestinya perlu ditangguhkan. Tukar plan, cipta momen spontan dan jangan lepaskan peluang untuk singgah ke roadshow Tropicana Twister!
Panas atau hujan, sentiasa ada cara untuk jadikan hari korang lebih juicy bersama Tropicana Twister!