berita

[FOTO] Cebisan Bangkai, Mayat Penumpang Sriwijaya Air Akhirnya Ditemui

January 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Insiden sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air, yang terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak mendapat perhatian dunia. Difahamkan, sehingga kini operasi mencari bangkai pesawat itu masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Cebisan ditemui

Proses mencari pesawat tersebut masih giat dijalankan, hasil pencarian tersebut skuad pencarian berjaya menemui beberapa bahagian komponen daripada pesawat itu.

Sebahagian daripada cebisan bangkai pesawat Sriwijaya Air, dilaporkan berjaya tiba di pelabuhan Jakarta.

Tidak berakhir di situ, pihak berkuasa turut menjumpai cebisan anggota dan pakaian mangsa nahat pesawat itu.

Dalam insiden tersebut, pesawat jenis Boeing 737-500 itu membawa 62 penumpang dan anak kapal. Menerusi laporan terkini,  Pasukan Tindakan Kecemasan melaporkan sudah menemukan cebisan mayat semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan di lokasi pesawat Sriwijaya Air terhempas di perairan Kepulauan Seribu.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×