Pada bulan Oktober yang lepas, Harith Iskander telahpun selamat menimang cahaya mata kedua hasil perkongsian hidup dengan seorang doktor dan model, Jezamine Lim.
Artikel berkaitan:
Bayi perempuan yang diberi nama Alessandrea Jayne Iskander itu baru berusia beberapa bulan, namun kecomelannya membuatkan ramai peminat Harith di Instagram tak keruan.
Rata-rata peminat pelawak itu merasa geram dengan kegebuan pipi dan dagu tajam yang dimiliki oleh Sandrea. Malah ada yang meyatakan bayi kecil itu jelas mirip bapanya.
Menerusi foto-foto lain yang dikongsikan, peminat turut tersentuh melihat kemesraan yang terjalin antara adik dan abang yang ditunjukkan oleh anak sulung Harith, Zander Xayne kepada Sandrea.
OHBULAN! berpendapat Harith dan isteri cukup bertuah kerana dikurniakan sepasang anak yang comel-comel belaka.
Apapun, di sini kami sertakan beberapa keping foto anak-anak pasangan sama cantik sama padan ini untuk tatapan anda.
Kredit foto: Instagram Harith Iskander & Jezamine Lim