berita

Foto: Eja Terus Bertudung Sekembali Dari Umrah

May 17th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

eja bertudung

Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama suami dan keluarganya.

Dan apa yang membuatkan kami kagum dengan pelakon ini ialah dia telah mengambil keputusan untuk kekal bertudung selepas tidak putus-putus berdoa meminta berkat dan petunjuk dari Allah S.W.T.

ROTIKAYA_074-Eja-Ambil-Keputusan-Berhijab-Penuh-Selepas-Pulang-Umrah-ROTIKAYA

Eja bersama suami dan anak

Sebenarnya saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya.

Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan Alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi.

Saya tidak putus-putus berdoa dan Alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi.

Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana saya baru pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan dan menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini.

ROTIKAYA_073-Eja-Ambil-Keputusan-Berhijab-Penuh-Selepas-Pulang-Umrah-ROTIKAYA

Bergambar kenangan bersama unta padang pasir

Syukurlah, semoga niat baik Eja diteruskan dan harapnya takdelah timbul kontroversi pasal gaya pemakaian tudung terkini pula selepas ini.

Jom tengok koleksi foto Eja sepanjang mengerjakan umrah.

Sumber: Media Hiburan

SKIP THIS AD ×