berita

Foto : Giliran Liyana Jasmay Tampil Dengan Imej Terbaru

November 26th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Melodi Raya-68

Jika sebelum ini pelakon genit, Elfira Loy telah mengubah imej rambut panjangnya ke arah penampilan yang lebih segar dan comel, kini tiba giliran pelakon drama Sahabat, Liyana Jasmay pula.

Artikel Berkaitan :

Menerusi laman sosial pelakon tersebut, Liyana dilihat lebih selesa untuk tampil dengan imej berambut pendek diawal usia kehamilannya dan meneliti salah satu caption yang dikongsikan, Liyana turut melahirkan rasa gembira dengan penampilan terbarunya itu.

So yeah.. ;) thanks bambang! @bambangsoteto love my new haircut! Rasa lebih tenang sekarang! Hehe

Liyana Jasmay 2

Liyana Jasmay tak tahan dengan imej rambut panjang

Dalam pada itu, melalui perbualan antara Liyana dan rakan artis, Qalisha Ray, pelakon tersebut turut menyatakan bahawa dia terpaksa memotong rambutnya kepada penampilan yang lebih ringkas kerana sudah tidak tahan dengan imej sebelum ini.

Liyana Jasmay

Untuk makluman, usia kandungan Liyana kini sudah menjangkau empat bulan dan pelakon tersebut dijangka bakal melahirkan cahaya mata pertamanya pada Mei tahun hadapan.

Oleh itu bagi semua peminat Liyana Jasmay yang digelar sebagai #littlelovers, di sini OHBULAN! selitkan juga beberapa foto comel pelakon tersebut untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Liyana Jasmay