berita

[FOTO] Izara Aishah Dedah Jantina Anak Di Majlis ‘Baby Shower’, Meriahnya!

February 13th, 2020 | by Shafika
Lensa Insta

Pejam celik, pejam celik nampaknya kandungan Izara Aishah kini menginjak 8 bulan. Tak lama lagi  penyanyi no 1 negara, Dato Siti Nurhaliza bakal menimang cucu baru selepas kelahiran Azzahra Jiwa Asyraf iaitu anak kepada Asyraf Khalid dan Tya Arifin.

Semalam telah berlangsung majlis Baby Shower untuk mengetahui jantina anak Izara Aishah dan Adib Khalid. Majlis yang bertemakan hijau itu dicukup lihat meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat terdekat.

Cantiknya semua!

Majlis ini turut dihadiri oleh ibu kandung Adib Khalid sendiri iaitu Datin Sri Tengku Zawiyah Tengku Izham bersama-sama keluarganya. Buat pengetahuan semua, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa iaitu suami kepada Siti Nurhaliza kini mempunyai empat orang anak hasil perkahwinanya dahulu. 

Tema hijau

 

Bertemakan warna hijau lembut, majlis itu turut dihadiri oleh sahabat-sabahat rapat dan kenalan ibu bapa mereka. Izara Aishah berseri-seri menggayakan baju warna putih.

Bayi perempuan

Menerusi bayangan diberi, jelas menunjukkan bayi yang bakal dilahirkan adalah perempuan. Seronoknya! Ini merupakan bayi sulung mereka selepas perkahwinan mereka pada 17 November 2017.

Sumber : ctdk, teezac