berita

[FOTO] Keindahan Annapurna Base Camp Nepal Buat Anda Teringin Terbang Ke Sana! Cantiknya..

January 18th, 2019 | by Shafika
Travelogue

Bercuti di luar negara bukanlah perkara baru buat rakyat Malaysia. Malah, semakin ramai berani untuk menggembara di luar negara dengan bajet minimun. Selain merehatkan diri dan minda, ada juga yang mencari ketenangan dengan melihat pemandangan indah di negara orang.

Seperti perkongsian lelaki ini yang berpeluang mendaki ke Annapurna Base Camp Nepal bersama rakan-rakanya. Apa paling menarik perhatian kami adalah foto ditangkap di sana sangat mengagumkan. Memang cantik weh!

Awal Musim Salju

Same place, same mission, different accompany!

Annapurna Base Camp
Pokhara, Nepal
4130m
14th – 25th Dec 2018
Early Winter

Cecah -16 celcius

Alhamdulillah! Masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjejakkan kaki buat kali kedua di Annapurna Base Camp. Alhamdulillah cuaca sangat baik sepanjang 8 hari trekking. Langit clear all the way kecuali 2 hari terakhir dah mula fog. Cuaca mmg A+ tapi disebabkan early winter suhu di base camp cecah -14,-16. Sejuk teruk!

Sampai ke atas dengan jayanya

Kalini kita jalan dengan TRAVELIKENOMAD. Terima kasih kawan kawan yang mempercayai servis kami. Tahniah berjaya sampai ke ABC dengan jayanya, pantas, lipas, kipas, anat tak terkejar,lantak korang! hahahaha.

Foto pakai tangkap, tak ada angle

Photo wise, aku banyak guna 35mm on trek, lens bawak semua tapi masih tak jumpa cara easy access utk tukar lens. Kena buka bag amik lens tukar bagai. Leceh! kalau korang ada idea, boleh suggest kt aku. Thus! angle semua straight forward, point and shoot saja, tak banyak yg pakai otak. haha. Thank you @azrulaziz @syednaufal @amirulhalim @amirfauzan snap gambar aku yang handsome handsome untuk World of Sport Malaysia.

Cantiknya!

Sumber : Ihsan Rosniza