Foto: Twitter
Sebentar tadi, Astro Awani melaporkan berlakunya satu kemalangan yang melibatkan para penumpang yang menaiki sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru.
Insiden LRT laluan Kelana Jaya
Foto: Twitter
Ujar Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali perkhidmatan LRT itu melibatkan tren bernombor 40 dan 81 yang terlibat dalam insiden itu.
Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.
Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan.
Menerusi gambar yang dikongsi di media sosial, jelas menunjukkan beberapa pengguna yang dipercayai telah mengalami kecederaan berikutan kemalangan itu. Kini, pihak bomba sedaya upaya membantu mangsa-mangsa yang terlibat dan mereka yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Jelas Rapid KL, pihaknya dalam proses memberikan bantuan kepada mereka yang tercedera dan meminta orang ramai untuk bertenang.
Kelana Jaya Line Update: Ladies and gentlemen, we regret to inform that LRT Kelana Jaya line is experiencing an incident, specifically trains number 40 and 81.
Our team is mobilising help and rescue assistance right now. Please stay calm and follow instructions.
— AskRapidKL (@AskRapidKL) May 24, 2021
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya berhadapan dengan satu insiden yang melibatkan tren bernombor 40 dan 81.
Pasukan petugas sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat-Prasarana Malaysia Berhad pic.twitter.com/fVRis7SOGV
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) May 24, 2021
Kejadian dalam LRT dari KLCC. Info told that LRT emergency break. What happen @AskRapidKL @MyRapidKL pic.twitter.com/WEcB16ZSpj
— ???? ????? ???? (@fnhjh__) May 24, 2021
Sumber: Astro Awani