Foto: Norpadilah
Menerusi posting seorang wanita dikenali sebagai Norpadilah, menerusi Kelab Deco Rumah di laman Facebook, tampil berkongsi konsep rekaan hiasan dalaman rumah pusaka peninggalan keluarganya.
Terletak di Kuala Pilah, rumah tersebut menyimpan 1001 kenangan yang masih segar indah dalam ingatannya. Jelas pemilik rumah itu, rumah tersebut telah berusia puluhan tahun dan sudah mula reput dek dimakan anai-anai. Jika dilihat menerusi foto-foto yang dikongsi elemen warna putih klasik moden cuba diketengahkan, walaupun rumah tersebut hanyalah rumah kampung sahaja.
Rumah pusaka peninggalan
Foto:Norpadilah
Jelas wanita itu, segala hasil dekorasi di rumah tersebut dimulakan secara sedikit demi sedikit. Namun, lama kelamaan kegigihannya membuahkan hasil, bukan itu sahaja barangan-barangan terpakai seperti papan-papan lama turut digunakan dalam mencantikkan lagi rumah pusaka ini.
10 tahun lepas, dikurniakan sedikit rezeki untuk baik pulih dinding yang mulai mereput. Alhamdulillah dapat naikkan dinding batu. Tapi bajet yang ada tak memberi ruang buat merubah design dan rupa bentuk rumah asal. Cukup sekadar selesa dengan dinding yang baru.
Kampung house
Foto: Norpadilah
Tambahnya lagi, tempoh untuk menyiapkan rumah tersebut memakan masa bertahun-tahun dan dilakukan secara beransur-ansur dalam merealisasikan impiannya untuk mendapatkan ‘kampung house’.
Dalam lautan dekorasi terkini, gah dan mewah. Saya cukup sekadar merasa bahagia dan berbangga dengan hasil usaha yang tak sepertinya. Bahagia yang sungguh sederhana. Masih belum selesai lagi kerja-kerja diy. Doakan saya ada rezeki untuk menukar cat luar rumah dalam masa terdekat.
Ruang dalaman
Foto: Norpadilah
Sumber: Norpadilah via Kelab Deco Rumah