20 September 2019 yang lalu, penyanyi, Zamani selamat mendirikan rumah tangga bersama pembantu peribadinya iaitu Nur Juliana dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur. Majlis yang diraikan bersama ahli keluarga dan rakan terdekat itu menjadi detik bersejarah buat pelantun lagu ‘Gerimis Mengundang’ selepas 48 tahun hidup secara solo.
Terbaru, pasangan tersebut melengkapkan hari bahagia mereka dengan sebuah majlis resepsi yang diadakan semalam, di Emerald Ballroom, Mercure, Selangor. Di sini, kami turut kongsikan beberapa foto kemeriahan majlis resepsi Zamani dan isteri tercinta. Tahniah!
Tahniah!
Sama cantik, sama padan
Bersama keluarga, rakan dan tetamu
Sumber: Lagendaku Zamani & Zime Production