berita

Imran Aqil & Dahlia Rizal ‘Wrap’ Majlis Kahwin Kelima, Rosmah Mansor Hadir Dengan Busana Corak Bunga – ‘Bukan Kaleng-Kaleng Keluarga Dia’

December 18th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

IMRAN ROSMAH DAHLIA

Pelakon Imran Aqil dan isterinya, pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal kembali mencuri perhatian warganet apabila mengadakan majlis perkahwinan yang kelima, pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: Belum Rancang Miliki Cahaya Mata, Imran Aqil Hormat Keputusan Isteri – ‘Dahlia Perlukan Masa’

Artikel Berkaitan: ‘Perlu Sedia Dari Semua Aspek, Bukan Nafsu Semata’ – Imran Aqil Kongsi Pendapat Kahwin Usia Muda

Janji last

imran dahlia kenduri kelima

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Imran menyatakan ini adalah majlis resepsi terakhir sebelah ibunya yang diadakan di Royale Chulan, Damansara. Katanya, dia dan Dahlia memilih tema klasik sebagai penutup majlis meraikan hari bahagia mereka.

Alhamdulillah selesai majlis resepsi terakhir kami di sebelah mama di KL petang tadi. Bertemakan klasik gitu hehe. Itulah penutup daripada kami! Kami harap anda semua suka menonton semua majlis kami sama seperti kami suka berkongsi dengan anda semua.

Edit ke real?

ROSMAH IMRAN DAHLIA

Namun, apa yang menjadi bualan ramai apabila isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir menyerikan majlis tersebut.

Rosmah tidak keseorangan sebaliknya ditemani anak perempuannya, Nooryana Najwa.

Di ruangan komen Instagram @faridismproduction, rata-rata netizen menyifatkan keluarga Imran dan Dahlia bukan ‘biasa-biasa.’

Terdahulu, bekas penyampai radio, Imran akhirnya selamat diijabkabulkan dengan model muslimah, Dahlia pada 10 September lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×