berita

Foto Makan ‘Mewah’ Di Tepi Pantai Jadi Tumpuan Netizen, Nadir Al-Nuri Tak Melatah – ’15 Orang Makan Tu RM100 Lebih Je’

October 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas dikecam gara-gara memberi peringatan kepada rakyat Malaysia agar tidak melupakan penduduk Palestin yang sudah 73 tahun ‘tak balik kampung’, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman sekali lagi menjadi tumpuan warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Lupakan Saudara Palestin Yang Telah 73 Tahun Tunggu’ – Kenyataan Nadir Al-Nuri Undang Kecaman Netizen, ‘Spoil’ Mood Rakyat Malaysia Nak Balik Kampung

Sarapan di tepi pantai

Kali ini, susulan foto Nadir sedang menjamu selera bersama Tim Cinta Gaza Malaysia di sebuah restoran mewah, Maldive Gaza.

Foto tersebut telah mengundang komen netizen yang rata-ratanya mengaitkan dengan kehidupan saudara Palestin yang terpaksa kelaparan.

@ZEITZLERR: Bayangkan diri sendiri makan mewah dekat restoran di bandar Gaza sedangkan ada orang sana yang masih tak cukup makan. Lepastu bandingkan orang malaysia balik kampung dengan orang palestin yang dah 73 tahun dijajah. Kau punya tahap ‘badut’ memang boleh pergi jauh bang.

@amyrul__: Untungnya makan mewah sedap tepi pantai pula tu. Dalam bersedap sedap makan jangan lupa orang-orang di Palestin. Entah-entah mereka tahan lapar berhari-hari tak makan apa-apa sebab tak ada bekalan makanan. Bayangkan orang Palestin tengok posting ni. Kecewa mereka.

@S4rahnd: Ya Allah untungnya orang Gaza dapat makan tepi pantai sedap-sedap. Jangan lupa pula pada penduduk lain yang masih tak cukup makanan pakaian dan tempat tinggal.

Terus hina & cerca

Tidak melatah dengan komen tersebut, Nuri enggan melayan individu yang baru sahaja mengenalinya. Katanya, rakyat Malaysia tidak mengetahui latar belakang mereka yang berada di sana.

Saya okey je kalian yang baru kenal kami nak komen apa pun. Kalian bukan kenal yang duduk dengan kami ni yang mana satu pejuang, yang mana satu keluarganya ada syahid, yang mana satu hidup ikat perut. Tempat ini nampak je mewah tapi dalam 15 orang makan tu RM100 lebih je.

Teruskan dengan komen masing-masing, hinaan dan cercaan masing-masing. Semoga Allah memberkati kalian semua.

Sumber: Twitter @NadirAlNuri

SKIP THIS AD ×