berita

[FOTO] Marissa Kongsi ‘Selfie’ Berdua Dengan Misya – ‘Beberapa Andaian Memerlukan Penjelasan?’

April 14th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania akhirnya bersua muka dengan madunya, Umisya Mazlan.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Masih Bersama’ – Misya Mazlan Kongsi Foto Dengan Aslam Untuk Elak Fitnah, Mahu Jadi Wanita Bijak & Berhenti Berbalah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aslam & Marissa Beraya Dengan Norman, Abby Abadi

Marissa dan Misya berjumpa

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, isteri kedua kepada Aslam sempat berkongsi swafoto bersama madunya, Umisya.

Meskipun tidak menjelaskan secara lanjut berhubung pertemuan mereka, namun Marissa hanya menulis di ruangan kapsyen mengatakan bahawa ada beberapa andaian memerlukan penjelasan.

Penjelasan ringkas itu seakan memberi jawapan kepada netizen mengenai konflik hubungannya dengan Misya.

Untuk rekod, Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya sehingga bercerai.

SKIP THIS AD ×