berita

[FOTO] Masih Dalam Pantang, Amar Baharin Kejutkan Amyra Dengan Candle Light Dinner Di Rumah?

November 12th, 2017 | by Wan
Lensa Insta

Tarikh 11.11 merupakan tarikh penuh makna buat pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli. Beberapa jam yang lalu, Amar telah memuat naik gambar Amyra bersertakan kata-kata manis sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Lebih istimewa, pasangan itu berkongsi tarikh dengan ibu bapa Amyra, Rosli Awang dan Noor Zaridah Ahmad yang bersama meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-27!

Menerusi intipan OhBulan!, nampaknya Amar telah mengejutkan isterinya itu dengan candle light dinner. Romantisnya si Amar ni! Tapi, di mana candle light dinner tu?

Lawa setting

Menerusi Instastory adik Amyra, Ajeera Rosli, nampak seperti Amar telah menyediakan makan malam romantis itu di taman rumah mereka memandangkan isterinya itu masih dalam pantang. Haa, effort tu!

Siap hias pokok dengan gambar-gambar diorang lagi.

Parents celebrate sekali

Bertuah Amyra Rosli dapat suami macam Amar. Kami di OhBulan! mendoakan moga perhubungan ini berkekalan sampai ke Jannah. InsyaAllah, amin.

Sumber: Instagram Amyra Rosli, Ajeera Rosli

SKIP THIS AD ×