Gara-gara memuat naik beberapa foto mesra bersama Saiful Apek di Instagram, netizen mendakwa pelakon, Fiza Halim tidak menjaga batasnya sebagai seorang isteri.
My forever couple seat
My forever couple seat, sifu @saifulapek. Jangan hampakan hasrat manager kita.
Menerusi posting yang dimuat naik, Fiza kelihatan duduk rapat dan seakan bersetuhan tangan dengan Saiful Apek. Oleh sebab itu, rata-rata netizen memberi kecaman dan mendakwa apa yang dilakukan oleh Fiza itu adalah salah kerana dia dipercayai masih lagi isteri orang.
Namun begitu, timbul juga dakwaan di mana pelakon tersebut sudah kembali solo memandangkan foto bersama suaminya sudah dipadam daripada media sosial tersebut. Menurut Fiza, Saiful Apek merupakan pasangan kegemarannya dalam salah satu program televisyen. Mereka juga sedang menjayakan sebuah program di sebuah stesen televisyen tempatan.
Fiza dah solo ka?
Fiza dah solo ka?
Lain macam gambar ni, ada apa-apa ka? Suami tak cemburu?
Pelbagai persoalan mula timbul dan bermain di dalam fikiran netizen. Rata-rata peminat Fiza pula mendoakan yang terbaik buat dirinya dan berharap netizen tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak masuk akal.
Sumber: Fiza Halim