berita

Foto Nampak Perut Dikecam, Dottie Mahu Cuba Gaya Baru, Kongsi Tips Turun Berat

November 9th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Dottie atau nama sebenarnya ialah Nor Syuhaida Abdul Razak merupakan salah seorang pelakon komedi dan drama. Beliau pernah menghiburkan kita dengan lakonannya yang bersahaja dan kini telah menjadi tumpuan netizen apabila Dottie mengalami perubahan fizikal.

Pelakon ini meraih perhatian ramai apabila tampil dengan imej terbaru yang lebih daring dan seksi dengan menampakkan sebahagian daripada perutnya hingga mengundang perhatian netizen.

Pakaian lama sudah tak boleh pakai

Pelakon Dottie mengalami perubahan fizikal yang sangat ketara di mana dia telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 13 kilogram sejak mengamalkan diet dari awal tahun. Tambahnya lagi, kini dia sedang mencuba gaya terbaru yang bersesuaian dengannya.

Saya sebenarnya baru nak meneroka gaya baharu yang sesuai untuk saya disebabkan hilang berat badan. Jadi, pakaian lama sudah tak boleh pakai.

Bagi saya, tak adalah seksi melampau pun cuma mungkinlah pandangan segelintir orang yang melihat saya seksi kerana bentuk badan saya. Sejak awal tahun lagi saya mula berdiet dan sudah turun sebanyak 13 kilogram.

Tips diet dari Dottie

Dottie turut berkongsi dia telah mengamalkan diet secara sihat dengan menjaga pemakanan dan jelas berkesan kepada dirinya. Malah, dia turut berkongsi tips diet buat sesiapa sahaja yang inginkan perubahan fizikal mereka.

Kalau nak ikutkan, perlahan juga progres penurunan berat badan saya ini tetapi saya tak kisah asalkan caranya sihat. Saya berdiet bukan sebab orang kutuk tetapi untuk diri sendiri, apabila usia sudah bertambah lebih baik kita mencegah daripada mengubati.

Kaedah saya cumalah menjaga pemakanan, elakkan minuman manis, bersenam dan mengambil vitamin tambahan sahaja.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×