berita

Dottie Dah 3 Tahun Bercerai, Belum Nak Cari Pengganti – ‘Saya Nak Bergembira’

August 28th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

dottie 3 tahun cerai

Dalam diam rupanya sudah lama pelakon Dottie menyimpan berita penceraian dengan bekas suami iaitu Mohd Haffis Abu Hassan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ryan Bakery Dedah Isteri Sedang Hamil 5 Bulan – ‘Kalau Lelaki Nama Ryan Ezra, Kalau Perempuan Raysha Ezra’

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Mengamuk Dengan Bekas Menantu Kazar, Dakwa Masih Jaja Kisah Dengan Syamsul

Tak nak ingat

dottie cerai

Ketika ditemui OhBulan! Dottie mendedahkan dia sudah bercerai sejak tiga lalu.

Bagaimanapun, Dottie, 35, memilih untuk tidak berkongsi punca menyebabkan mereka berpisah.

Iya saya dah cerai tiga tahun lalu. Saya pun tak ingat secara terperinci. Benda tak best, tak perlu ingat.

Dottie berkata demikian ketika hadir di majlis Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung di Mitec, pada malam Ahad.

Pemilik nama Nor Syuhaida Abd Razak, turut menyatakan dia masih belum bersedia untuk mencari pengganti dalam masa terdekat.

Tiada orang bertanya. Jadi saya pun tak bercerita. Buat masa sekarang saya nak bergembira dulu. Belum sedia nak cari pengganti.

Kurang tawaran berlakon

dottie

Ditanya mengenai kerjaya lakonan, pelakon yang terkenal dalam drama Dottie mengakui sudah tidak aktif seperti dulu kerana memberi fokus kepada dunia TikTok.

Kerjaya lakonan agak slow sikit. Tiada banyak tawaran. Sebab itu saya beralih kepada TikTok.

Sekarang ramai persaingan baru. Jadi saya belajar cari peluang baru.

Terdahulu, spekulasi rumah tangga Dottie sudah berakhir mula diperkatakan apabila dia tidak lagi memuat naik gambar bersama suami di media sosial.

Sekadar info, Dottie berkahwin dengan Mohd Haffis Abu Hassan pada 25 Disember 2016 dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

SKIP THIS AD ×