berita

[FOTO] Netizen Setuju Sekali Pandang Wajah Zahiril Adzim Mirip Naqiu Boboy

October 23rd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan lakonan Zahiril Adzim di layar. Setiap drama mahupun filem lakonannya pasti membuatkan penonton kagum dengan pembawaan watak yang berkesan. Terbaru, ada segelintir netizen terperasan mirip wajah pelakon ini iras penyanyi Naqiu Boboy. Betul ke sama ni?

Muka macam Naqiu

Zahiril Adzim turut meninggalkan respon terhadap kenyataan yang diterimanya di laman Instagram. Gurauan netizen itu menyamakan wajah antara Zahiril Adzim dan Naqiu peserta Gegar Vaganza 2019.

Netizen mendakwa wajah penyanyi Naqiu mempunyai iras dengan salah seorang pelakon Malaysia tetapi tidak dapat mengingati nama aktor itu. Tetapi hanya ingat nama ‘Ayob’ sahaja. Zahiril turut respon bahawa ‘Ayob’ adalah nama ayah mertuanya. Memang kelakar juga netizen ni ye.

Perasan benda yang sama. Memang iras!

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan wajah Zahiril Adzim mirip dengan Naqiu Boboy. Memiliki wajah mirip yang agak ketara tetapi mempunyai kemahiran dan kebolehan dalam bidang masing-masing. Mana tidaknya, Zahiril Adzim mahir dalam bidang lakonan manakala Naqiu mempunyai kelunakan suara yang mampu memikat hati pendengar.

Sama atau tak?

Sumber: Zahiril Adzim, Naqiu Boboy

SKIP THIS AD ×