Vokalis kumpulan remaja terkenal Boboy iaitu Naqiu mencari pelapis penyanyi dalam industri muzik yang memiliki keunikan dan identiti tersendiri.

Artikel Berkaitan: Naqiu Teruja Dapat Menyanyi Lagu Ciptaan Ajai ‘Khayalan’

Artikel Berkaitan: Naqiu Kena Tipu Cecah RM100k, Serah Kes Pada Peguam – ‘LOD Dah Hantar Pagi Tadi’

Identiti tersendiri

@ohbulanofficial

Vokalis kumpulan remaja terkenal Boboy iaitu Naqiu mencari pelapis penyanyi dalam industri muzik yang memiliki keunikan dan identiti tersendiri. #ohbulan #fyp #news #naqiu #cari #bakat #baru

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan!, Naqiu atau nama sebenanrya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 38, berkata, kebanyakan individu yang berbakat tidak memiliki keaslian dan identiti sebagai penyanyi.

Tambahnya, bakat-bakat baharu harus membuang mentaliti dan kecenderungan untuk hanya membawakan lagu bernada tinggi.

Kebanyakan nak jadi macam ratu rock kita, Ella, Datuk Awie atau Azlan Typewritter. Jadi saya tak nak ada dua atau tiga penyanyi sebegitu sebab kita sudah ada dalam industri.

Jadi saya tekankan untuk mencari penyanyi yang jarang kita jumpa dari segi bakat nyanyiannya.

Jangan ada mentaliti yang mana hendak menyanyi karaoke atau pertandingan, mesti lagu bernada tinggi. Kadang-kadang lagu yang rendah pun boleh jadi menarik.

Saya rasa perlu ada perubahan seperti itu. Saya pun tak mahu dengar orang menyanyi seperti saya sebab dah dengar suara saya sendiri berpuluh tahun.

Naqiu berkata demikian di majlis pelancaran The Ascott Star Rewards Festival 2025 di pusat membeli belah Mytown, pada Khamis.

Faktor X

Menurut juri The Ascott Star Rewards Festival 2025 itu, dia mengutamakan peserta yang memiliki elemen unik dan faktor X sebagai seorang penghibur.

Saya rasa, corak untuk artis baharu sekarang sudah mula berulang. Jadi saya nak cari sesuatu yang unik.

Maksudnya, kita masih lagi kurang pelapis penyanyi yang ada faktor X. Kebanyakannya nak meniru artis sedia ada. Jadi saya cari sesuatu yang unik dan tidak pernah ditemui lagi.

Dalam perkembangan lain, buat pertama kalinya syarikat rakaman Sony Music Malaysia bakal menganjurkan persembahan muzik secara langsung dan pencarian bakat yang menampilkan artis-artis tempatan popular termasuk Vanessa Reynauld, Yulia, dan ramai lagi.

Selain Naqiu, turut dipilih sebagai juri bagi mengadili pertandingan karaoke di acara The Ascott Star Rewards Festival 2025 adalah Ara Johari dan Khai Bahar.

Selain itu, pertandingan ini telah mendapat penyertaan seramai 250 peserta.

Pertandingan ini turut terbuka kepada semua yang berminat dan berpeluang untuk merebut tawaran menjadi artis di bawah naugan rakaman Sony Music Malaysia.

Dianjurkan oleh Ascott Malaysia, festival ini berlangsung pada 24 hingga 27 Julai 2025, pukul 10 pagi hingga 9.30 malam.