berita

[FOTO] Persis Puteri Kayangan, Ain Edruce Mandi Bunga Di Malam Berinai

December 12th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

13 Disember 2019 merupakan tarikh bermakna buat pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang akan melangsungkan hari pernikahannya bersama seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Amirul Hafiz.

Menerusi Instagram Ain, dia berkongsi beberapa foto majlis malam berinai yang berlangsung semalam. Siap buat bridal shower dengan mandi bunga lagi!

Malam berinai Ain Edruce

Mandi bunga

Cantiknya bakal pengantin!

Cantik dan berseri sungguh rupa Ain Edruce menunggu saat-saat bahagia ni, bagaimana pula masa majlis akad nikah nanti ye? Mesti lawa!

Menerusi laporan Berita Harian, Ain dan Amirul mengikat tali pertunangan pada 23 Jun yang lalu dan mereka memilih tanggal 13 Disember ini untuk mendirikan rumah tangga. Manakala, majlis persandingan di sebelah Ain akan diadakan pada 14 Disember dan sebelah lelaki pula akan diadakan kenduri pada minggu berikutnya.

Sumber: Ain EdruceFillea Studio & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.