berita

Foto Resepsi Fouziah Gous & Zhafran

September 30th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Fouziah Gous

Ramai peminat sedia maklum bahawa pada tanggal 21 September lalu, pelakon berdarah kacukan Melayu, Cina dan Pakistan, Fouziah Gous telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Zhafran Yusof bertempat di Dewan Masjid Tengku Ampuan JemaahBukit Jelutong, Selangor.

Artikel Berkaitan :

Susulan daripada itu, kedua pasangan mempelai tersebut telah meneruskan upacara persandingan mereka semalam, di mana majlis yang penuh meriah itu telah dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak serta beberapa rakan artis seperti Linda dan Diana Rafar, Rosyam Nor, Dafi, Anzalna, Eja, Chomel Fana serta persembahan mantap daripada penyanyi otai, Nash.

Fouziah & Zhafran 27

Menerusi majlis yang cukup meriah itu, Fouziah kelihatan sangat anggun apabila menggayakan gaun pengantin berwarna pink cair dan penampilannya kelihatan seolah-olah seorang puteri raja yang sangat jelita.

Selain itu, penampilan Zhafran juga tidak kurang kacaknya apabila menggayakan persalinan lengkap tuxedo berwarna kelabu dan dipadankan dengan kemeja putih serta tali leher berwarna pink.

Sebagai rujukan, majlis resepsi pengantin lelaki akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga Zhafran sendiri di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Dengan itu, di sini OHBULAN! ingin kongsikan juga beberapa foto menarik Fouziah dan Zhafran sekitar majlis resepsi mereka yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya, malam semalam.

Kredit Foto : Instagram Fouziah Gous & Project2pi