berita

Foto: Rita Rudaini Luah Kesedihan Di Instagram

August 6th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

rita rudaini

Hati mana yang tidak sedih apabila diceraikan suami selang beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Namun Rita Rudaini terpaksa redha dengan keputuan Aidil yang telahpun melafazkan cerai talak satu melalui SMS pada hari Ahad yang lepas.

Artikel berkaitan:

Menerusi laman Instagramnya petang semalam, Rita dilihat memuat naik beberapa keping foto dengan meluahkan perasaannya terhadap perpisahan itu.

Screen Shot 2013-08-05 at 18.34.37

Antara kata-kata yang dimuat naik Rita di Instagram

Berbeza dengan Rita, Aidil pula dilihat enggan mengulas lanjut mengenai kisah perceraian mereka sebaliknya meminta semua pihak menunggu perbicaraan kesnya di mahkamah bagi menjawab isu lafaz cerai terhadap Rita.

Saya tidak akan kata ya atau tidak sekarang ini. Tunggu sahaja di mahkamah nanti. Lagipun dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika ianya diselesaikan di mahkamah nanti. – Utusan Online

Dalam pada itu, terdapat desas desus yang mengatakan punca Aidil melafazkan cerai adalah kerana kenyataan Rita di dalam akhbar Berita Harian berkenaan hubungan sulit Aidil bersama seorang wanita.

Screen Shot 2013-08-05 at 18.34.17

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini