berita

[FOTO] Sekitar Majlis Perkahwinan Taeyang & Min Hyo Rin Bertema Forest Wedding.. Na Neo Joahae!

February 4th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Big Bang antara kumpulan K-Pop paling terkenal di dunia dan setiap ahli kumpulan mempunyai peminat tersendiri. Pada 3 Februari 2018, salah seorang dari anggota kumpulan, Taeyang telah menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon popular dari Korea iaitu Min Hyo Rin.

Majlis perkahwinan mereka agak tertutup serta khusus untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja. Tidak hairan lah, tak banyak gambar perkahwinan mereka di media sosial. Walaubagaimanapun, seorang pereka fesyen antarabangsa Suzan Lee telah memuat naik sekeping foto pasangan hot itu.

Pasangan secocok Taeyang & Min Hyo Rin

Majlis perkahwinan mereka telah diadakan secara sederhana dan dihadiri ahli keluarga serta rakan rapat. Foto eksklusif diatas telah dimuat naik oleh Suzan Lee iaitu seorang pereka fesyen antarabangsa. Taeyang segak dengan Tuxedo klasik manakala Min Hyo Rin nampak ayu dengan veil tradisional.

Pasangan itu selamat bersatu di sebuah gereja Gyeonggi Province of Seoul pada 3 Februari 2018. Beberapa foto sekitar majlis perkahwinan artis K-Pop itu juga telah dikongsi di media sosial. Tahniah Taeyang dan isteri!

Majlis bertemakan Forest Wedding

Majlis telah diadakan di Paradise City Hotel di Incheon. Tema berkonsepkan ‘Forest Wedding’ dimana idea itu berinspirasikan dari filem Twilight lakonan Robert Pattinson dan Kristen Stewart.

Sumber: Metro

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×