berita

[FOTO & VIDEO] Ini Yang Sebenarnya Berlaku Semalam Bila Dua Harimau ‘Sesat’ Masuk Kampung

July 19th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Keadaan di Kampung Besol, Bukit Besi dekat Dungun menjadi cemas apabila kelihatan seekor harimau belang yang keluar dari kawasan hutan di kampung tersebut. Menurut laporan Metro, ini merupakan kali pertama penduduk kampung terserempak dengan ‘Pak Belang’ dan terdengar haiwan tersebut mengaum.

Setakat ini, haiwan tersebut tidak menyerang penduduk kampung atau ternakan. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu sedang mengesan harimau tersebut.

Terasa basah seperti dijilat

Seorang penduduk kampung mendakwa berdepan detik cemas apabila badannya dijilat dan nyaris diterkam harimau itu. Mangsa dikenali sebagai Mohamad Harun mendakwa mengetuk kepala harimau itu dengan kuat ketika melakukan kerja membaiki rumah.

Ketika itu, saya memegang tangga sambil mendongak melihat anak membaiki bumbung rumah. Tiba-tiba, bahagian belakang saya terasa basah seperti dijilat dan menyangka anak bongsu bermain di belakang.

Selepas dua kali mengetuknya, saya terasa ia berbulu. Sebaik sahaja menoleh, saya terkejut melihat seekor harimau setinggi lebih satu meter di belakang.

Saya berlari dan terus terjun ke sungai

Dia terus menjerit dan berlari ke arah dapur manakala anaknya itu terjun serta menyelamatkan diri ke dalam rumah.

Mujur bahagian dapur rumah dekat dan pintunya terbuka. Jika tidak, kami mungkin menjadi mangsa. Harimau itu kemudian berlegar-legar berdekatan kawasan dapur. Selepas haiwan itu beredar, barulah saya keluar untuk mengambil pasir kira-kira 50 meter dari rumah kerana mahu menyambung semula kerja.

Namun ketika berada di atas jambatan, tiba-tiba seekor harimau menerkam ke arah saya menyebabkan saya berlari dan terus terjun ke sungai. Saya percaya ia adalah harimau yang lain kerana lebih kecil sedikit dan berbulu cerah berbanding harimau pertama.

Mungkin haiwan peliharaan

Menurut Pengarah Perhilitan Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata berkemungkinan harimau itu merupakan haiwan peliharaan berdasarkan sifatnya yang jinak. Malah, dia turut mempercayai dua ekor haiwan itu dilepaskan oleh pemiliknya ke dalam hutan sebelum tersesat memasuki kawasan kampung.

Selain itu kami juga beranggapan bahawa sifat jinak haiwan ini mungkin disebabkan faktor penyakit yang menyebabkan harimau kelihatan kurang bertenaga sehingga terpaksa dilepaskan ke dalam hutan.

Bagaimanapun, kami tidak dapat pastikan perkara ini dengan tepat sebelum haiwan itu dapat ditangkap dan jika diikutkan binatang ini secara amnya sukar untuk dapat penyakit.

Foto Pak Belang berkeliaran

2 ekor Harimau Belang

Detik cemas dijilat harimau

Sumber: Metro, Bernama, PERHILITAN

SKIP THIS AD ×