berita

‘Jangan Anggap Ini Pesta, Meskipun Harimau Itu Jinak’ – Ini Pesanan Ketua Polis Daerah Dungun

July 19th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam viral di media sosial apabila dua ekor harimau belang muncul dari kawasan hutan Kampung Besol, Bukit Besi di Dungun, Terengganu. Menurut laporan Harian Metro, ini merupakan kali pertama penduduk kampung itu terserempak dengan ‘Pak Belang’ dan terdengar haiwan tersebut mengaum.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan penemuan dua harimau tersebut walaupun harimau itu kelihatan agak jinak.

Jangan anggap ini pesta

Menurut Superintendan Baharudin, pihaknya menerima laporan bahawa penduduk luar dari kawasan kampung itu sanggup datang ke kampung berkenaan untuk melihat kelibat harimau tersebut.

Jangan anggap ini pesta, meskipun harimau itu kelihatan jinak namun kita bimbang perkara yang tidak diingini berlaku. Ketika berada di kawasan kampung itu, tiba-tiba muncul harimau dekat dengannya yang menyebabkan dia terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri.

Nasib baik harimau itu tidak berbuat sesuatu terhadapnya sebelum harimau itu berlalu pergi. Biarpun haiwan itu tidak liar atau pun bertindak ganas, namun kami bimbang haiwan itu bertukar agresif.

Beri ruang pihak berkuasa jalankan tugas

Tambahnya, pihaknya sudah mengarahkan anggota dari Balai Polis Bukit Besi untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut. Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) juga sedang berusaha menangkap haiwan terbabit.

Saya minta kerjasama semua menjauhi kawasan itu dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas menangkap haiwan terbabit. Penduduk juga perlu berwaspada ketika melalui kawasan yang dikenal pasti menjadi lokasi harimau itu berkeliaran. Penduduk diminta tidak keluar pada waktu malam memandangkan kawasan di situ yang dipenuhi hutan dan semak samun serta gelap.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×