Taufan Hagibis yang melanda bandar Tokyo di negara Jepun itu telah menyebabkan kemusnahan harta awam dan 5 orang dilaporkan terkorban nyawa. Tambahan, seramai 600,000 penduduk di timur Jepun diarahkan berpindah untuk keselamatan. Menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun (JMA), Taufan Hagibis ini diramalkan tiba di bahagian tengah atau timur Jepun dengan membawa kelajuan angin maksimum 219 kilometer sejam.
Menerusi media sosial di Twitter, rata-rata memuatnaik video dan foto dengan #PrayForJapan sebagai mendedikasikan doa buat penduduk Jepun di sana. Malah, #PrayForJapan mula trending di laman sosial itu.
Powerful typhoon in Japan
Powerful Typhoon in Japan called Typhoon Hagibis. Four People already dead and dozen missing! Hitting Tokyo! PLEASE PRAY FOR JAPAN! #PrayForJapan #FlynnFighters #PatriotsAwakened pic.twitter.com/DUJZaY1d3k
— Ken Jones?????? (@sxdoc) October 13, 2019
Menurut BBC News, tragedi ini berulang kembali selepas 60 tahun taufan pernah melanda Jepun iaitu pada tahun 1958. Dalam tragedi kali ini seramai 5 orang dilaporkan sah terkorban di tempat yang berlainan, 11 mangsa masih belum ditemui dan kira-kira 90 orang tercedera.
Selepas Taufan melanda bandar Nagano
Nagano prefecture in Japan is damaged by the flood occured by huge typhoon. #PrayForJapan pic.twitter.com/oDD7cZdg87
— koris (@koris84192501) October 13, 2019
Malah, semua jadual penerbangan dari Lapangan Terbang Haneda, Tokyo dan Lapangan Terbang Narita di Chiba perlu dibatalkan. Begitu juga dengan jadual pergerakan keretapi di negara itu.
Musnah bandar Jepun
Horrible Typhoon Hagibis hits Japan Worst strom ever #PrayForJapan pic.twitter.com/7NLAfr4uUL
— evlad?ma miras bu sevda (@EvladBu) October 12, 2019
Tambahan pula, dua pertandingan rugbi peringkat antarabangsa yang dijadualkan berlangsung telah dibatalkan atas faktor keselamatan. Begitu juga dengan Formula 1 Japanese Grand Prix turut ditunda perlawanan atas faktor keselamatan pelumba dan penonton yang hadir ketika itu.
Purple sky
Kesan selepas Taufan Hagibis melanda
Foto yang diambil menerusi Facebook Pray Japan ini menyaksikan kesan dari gempa bumi dan Taufan Hagibis yang telah melanda bandar Tokyo itu. Turut disaksikan kemusnahan harta benda awam dan penduduk di kawasan perumahan.
Hari ini telah dijalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang dari insiden ini dan operasi membersihkan laluan dan kawasan rumah yang terjejas dengan Taufan Hagibis itu.
Sumber: Japan Meteorological Agency, BBC News, Facebook Pray Japan