berita

[FOTO & VIDEO] Norman Hakim Beri Kejutan Buat Isteri Tercinta Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-8

September 19th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

24 September merupakan tarikh paling bermakna buat pasangan artis popular, Norman Hakim dan Memey Suhaiza kerana hari itu mereka disatukan sebagai suami isteri. Pasangan tersebut antara selebriti yang mendapat perhatian dan mempunyai ramai peminat, ini kerana sikap mereka yang sangat mesra dan sentiasa menunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat.

Sempena ulang tahun perkahwinan kali kelapan, Memey memuat naik foto dan video mengenai kejutan yang dilakukan suaminya sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka. Sweetnya!

Bersungguh dia ajak keluar dating

Menurut Memey, suaminya itu sangat bersungguh-sungguh untuk membawanya keluar walaupun pelbagai alasan telah diberikan. Tambahnya, suaminya itu turut memberitahu bahawa tiada tarikh yang sesuai buat mereka berdua untuk keluar selepas ini, kerana masing-masing akan sibuk menyelesaikan urusan kerja. Memey juga memberitahu bahawa majlis doa selamat akan dilakukan sempena ulang tahun perkahwinan mereka, namun tidak sangka suaminya melakukan kejutan sebelum tarikh berkenaan.

Romantiknya!

Cantiknya dekorasi

Ucapan netizen

Rata-rata netizen mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat mereka berdua. Netizen turut mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.

Sumber: Memey Suhaiza & Norman Hakim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.