berita

Foto & Video Sekitar Majlis Hari Lahir Fazura Bersama Anak-Anak Tahfiz

October 1st, 2019 | by Shafika
Lensa Insta

Minggu lepas, Nur Fazura atau lebih dikenali sebagai Fazura menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 36 tahun. Majlis yang bertempat di Royal Place Shah Alam itu disambut sederhana dengan kehadiran keluarga terdekat dan anak-anak tahfiz.

Kami kongsikan dengan anda beberapa foto dan video sekitar majlis sambutan hari lahir Fazura. Alahai cantiknya manis bertutup.

Segala puji-pujian hanya milik Allah

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Allah SWT di atas doa dan hajat saya yang dimakbulkan lebih dari apa yang saya harapkan. Segala puji-pujian hanya milik Allah SWT yang maha berkuasa, maha penyayang, pemurah lagi maha mengasihani. Terima kasih dengan penuh rasa syukur, kasih-sayang dan ingatan buat keluarga, teman-teman, keluarga fazbulouswarriors, seluruh #LoveWarriorsFamilyUnit dan yang paling terutama sekali buat anak-anak syurga kesayangan saya dari Tahfizul Quran Anawiyah, Anak-Anak Permata Rindu.

Dan buat Datuk Dr Ustazahnorhafizahmusa di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir bersama meraikan majlis ini dengan perkongsian tazkirah yang begitu bermanfaat buat kami semua. Rasa syukur saya ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Alhamdulillah. Syukur ya Allah di atas kurniaan rasa kasih-sayang dan kebahagiaan ini. Sekali lagi, Terima kasih buat semua yang hadir. Khamis 26.09.2019.

Ucapan sweet Fattah

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah Allah kurniakan daku isteri yang sentiasa hatinya murah memberi, suka mengembirakan orang lain. Sentiasa ingat pada orang yang di sayangi dengan sifat pemurahnya. Sentiasa berfikiran positif serta sifat penyayangnya yang tidak berbelah-bahagi pada suami, keluarga, kawan-kawan serta peminat pelengkap dalam keperibadiannya. Hatinya sentiasa ikhlas dalam membuat sesuatu dan kadang meningatkan daku jika tiada rezeki ini InshaAllah pasti Allah akan bagi yang lebih baik untuk kita. Seorang yang bijak dalam segala hal. Rajin bekerja bukan sahaja di luar tapi juga di rumah. Dialah yang mencuci pinggan, membasuh kain dan mengemas rumah. Allahu tiada kata yang dapatku ungkap lagi selain rasa syukur pada Allah SWT atas bidadari dunia yang kau kirim kan padaku ini menemani hari hari ku inshaAllah selagi kami bernafas di dunia ini. ? (full video di bio) ?? ? @missfazura ?

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Alhamdulillah Allah kurniakan daku isteri yang sentiasa hatinya murah memberi, suka mengembirakan orang lain. Sentiasa ingat pada orang yang di sayangi dengan sifat pemurahnya.

atinya sentiasa ikhlas dalam membuat sesuatu dan kadang meningatkan daku jika tiada rezeki ini InshaAllah pasti Allah akan bagi yang lebih baik untuk kita. Seorang yang bijak dalam segala hal. Rajin bekerja bukan sahaja di luar tapi juga di rumah

Menerusi Instagram Fattah Amin, dia memberi penghargaan buat isterinya yang terlalu baik. Fattah juga memuji Fazura seorang yang rajin di rumah dan sering membuatkan dirinya bahagia. Sweetnya!

Sekitar majlis

Majlis sambutan hari lahir itu dihadiri oleh keluarga dan beberapa kenalan terdekat. Bertempat di Royal Palace Shah Alam majlis sederhana itu dilihat meriah dengan kehadiran anak-anak Tahfizul Quran Anawiyah, Anak-Anak Permata Rindu dan juga kehadiran Datuk Dr @ustazahnorhafizahmusa. Pelakon ini sememangnya sering menjadi perhatian netizen kerana sikapnya sikapnya yang lemah lembut, merendah diri dan tidak jemu untuk melayan peminatnya.

Bersama anak-anak Tahfizul Quran Anawiyah

Netizen puji

Sumber : Fattah Amin

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×