berita

Foto : Yatt Hamzah & Keluarga Di Bumi Gaza

April 4th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

5f8faa32979511e2bcc122000a1fa49d_7

Pada 25 Mac lalu, pelakon dan model terkenal, Yatt Hamzah telah terbang ke bumi Gaza bersama suami dan anak tersayang bagi menjalani misi kemanusiaan di negara tersebut.

Menerusi laman Instagram dan Twitter milik pelakon ini, Yatt telah sempat kongsikan beberapa foto dan aktiviti menarik yang dilakukannya sepanjang berada di Gaza untuk dikongsikan bersama peminat-peminat di Malaysia.

Menurut Yatt, sepanjang berada di bumi sejarah tersebut, dirinya telah berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke beberapa tempat menarik antaranya adalah mengunjungi makam Imam As-Syafi’e, mendaki Gunung Sinai, serta menziarahi Jabal Musa.

Nampaknya sepanjang berada di bumi Gaza, pelakon ini tidak henti-henti memanjatkan rasa syukurnya dengan segala kebesaran Allah dan aktres ini juga telah melahirkan rasa sebak apabila diberi peluang untuk melihat sendiri peninggalan tapak kaki Rasulullah sewaktu menziarahi Makam Imam As-Syafie.

Bagi semua peminat Yatt, jom lihat beberapa foto kenangan manis pelakon wanita ini bersama suami dan cahaya mata tercintanya selepas ini :

Kredit Foto : Instagram Yatt Hamzah

SKIP THIS AD ×