berita

[VIDEO] Da’i Syed Tampil Mohon Maaf Selepas Didakwa Tak Sensitif Isu Pales*** – ‘Saya Antara Orang Yang Pergi Hantar Bantuan Kemanusiaan’

October 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

dai syed maaf

Tular baru-baru ini video yang memaparkan pendakwah Da’i Syed yang didakwa tidak sensitif terhadap peperangan yang sedang berlaku di Palestin.

Susulan itu, Syed tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan perkara sebenar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Darah Sikit Baru Palest***’ – Netizen Tegur Da’i Syed Tak Jaga Sensitiviti, Hana Ismail Pula Tahan Sabar Bibir Comot Dengan Lipstick

Artikel Berkaitan: ‘Bahagia Kita Jangan Tunjuk Sangat Dekat Orang’

Isu Palestin

dai syed maaf

Menerusi siaran langsung di TikTok, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful mengaku kekhilafannya dan menolak dakwaan yang mengatakan dia tidak sensitif terhadap isu peperangan tersebut.

Saya turunkan ego saya dan saya mohon maaf kerana itu mungkin kesalahan saya secara spontan tapi hakikatnya tidak pun. Mungkin orang salah tafsir.

Saya yakin orang yang tengok ‘live’ penuh saya ketika itu mereka faham, yang post semula dalam 15 ke 10 saat pula orang akan kata ‘ dia tak sensitif dengan isu Palestin’.

Dalam pada itu, Syed memberitahu bahawa dia adalah antara sukarelawan yang sering ke negara-negara bergolak untuk menghantar bantuan kemanusiaan bagi menolong saudara seagama.

Demi Allah, demi Al-Quran, demi Rasul..saya tak ada niat pun menghina rakyat Palestin. Bahkan saya antara orang yang memang pergi ke negara-negara timur tengah untuk buat bantuan kemanusiaan. Allah bagi kesempatan kepada saya untuk bantu orang-orang di sana.

Comotkan bibir Hana

hana syed

Sementara itu, pendakwah berusia 28 tahun ini turut memohon maaf kepada isterinya iaitu pengacara, Hana Ismail ekoran sengaja mencomotkan bibirnya dengan gincu.

Mungkin anda rasa saya tak patut buat macam tu dekat Hana, padahal kami suami isteri dah biasa bergurau macam tu.

Saya tak sepatutnya buat macam tu dan saya minta maaf. Saya minta maaf juga kepada isteri saya kalau gurauan itu agak kasar.

Terdahulu, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang apabila melihat kelakukan Syed terhadap Hana dan tindakannya menyamakan warna gincu merah dengan darah mangsa peperangan di Palestin.

@itsme_daisyedfans

Meminta maaf adalah dimuliakan. Memaafkan orang lagi mulia daripada orang yang meminta maaf. #daisyed #hanaismail

? bunyi asal – its.me_daisyedfans – its.me_daisyedfans

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×