berita

[FOTO] Zul Ariffin & Gayatri Masih ‘Couple’?

April 12th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa foto bersama pelakon Zul Ariffin ketika meraikan Aidilfitri tahun ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin Beri ‘Hint’ Nikah Hujung Tahun Ini – ‘Tak Mahu Tangguh Lama-Lama’

Artikel Berkaitan: Ruhainies Minta Semua Pihak Maafkan Zul Ariffin – ‘Setiap Manusia Pasti Tak Lari Dari Melakukan Kesilapan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Lagi Aksi Mesra Zul Ariffin & Ruhainies, Netizen Buat Spekulasi Dah Kahwin Dalam Diam

Selamat hari raya

Menerusi posting tersebut juga, netizen mendakwa hubungan Zul dan Gayatri masih lagi akrab. Bukan itu sahaja, Gayatri kelihatan sangat mesra dengan ahli keluarga Zul sekali gus membuktikan bahawa pertalian antara mereka cukup istimewa.

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

Sebelum ini, Gayatri dan Zul selalu hadir bersama ke pelbagai acara hiburan. Termasuklah pada tayangan program raya Astro, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon filem Sangkar itu menepis dakwaan cinta mereka kembali bertaut pada sekitar tahun lalu.

Zul juga pernah menyatakan Gayatri adalah wanita istimewa dalam hidupnya. Lebih manis, dia turut hadiahkan kereta mewah kepada penerbit itu pada 2022.

Terdahulu, mereka dikatakan pernah menjalin cinta sejak 2012. Bagaimanapun hubungan itu kemudian berakhir selepas tiga tahun.

Sumber: Gayatri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×