berita

‘From Pondan Bestie To Forever Husband’

March 10th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di TikTok, seorang lelaki berkongsi kisah menarik tentang dirinya yang dahulunya merupakan seorang pondan kini telah berkahwin dengan sahabatnya.

Artikel Berkaitan: Masih Ikut Ibu Bapa – Penganggur Bakal Kahwin Dua Gadis Serentak

Artikel Berkaitan: Saya Bukan Suami Orang’ -Idris Khan Nafi Sudah Berkahwin

Jodoh itu rahsia

Menerusi video berdurasi 0.8 saat tersebut, lelaki di kenali sebagai @moramoka888 ini telah berjaya kembali ke fitrah asal seterusnya mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita yang merupakan teman baiknya.

Bukan itu sahaja, kisah cinta luar biasa ini telah viral dan menarik perhatian warganet. Malah, video yang telah dimuat naik pada Rabu lalu ini telah mendapat tontonan sebanyak 1.8 juta dan 196,000 tanda suka.

Daripada ‘pondan bestie’ kepada suami buat selama-lamanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja dan kagum mengetahui kisah ini serta meminta pemilik akaun untuk menceritakan perjalanan cinta mereka secara terperinci sehingga berjaya ke jinjang pelamin. Dalam masa sama, sebahagian besar netizen turut menitipkan doa buat pasangan ini.

Video

@moramoka888

There’s no one perfect. It’s how you accept the imperfections that makes it perfect ??

? original sound – ®? – ®?

Sumber: @moramoka888

SKIP THIS AD ×