berita

‘Masih Ikut Ibu Bapa’ – Penganggur Bakal Kahwin Dua Gadis Serentak

February 16th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Seorang lelaki berusia 23 tahun dari Musi Banyuasin, Sumatera Selatan menjadi tular apabila mengumumkan bakal berkahwin dengan dua orang gadis secara serentak.

Artikel Berkaitan: Sudah Bertunang 22 Disember Lalu, Raysha Rizrose Bakal Tamat Zaman Bujang Tidak Lama Lagi

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Kahwin Selepas Raya Aidilfitri

Kahwin dua serentak

Menurut laporan Tribun Trends, lelaki yang dikenali sebagai Rio Kartonis itu akan melangsungkan majlis berkenaan dengan dua orang kekasihnya iaitu Desi Lastari, 20, dan Suci Ramadani, 17, pada 21 Februari ini di Sumatera.

Dalam pada itu, lelaki terbabit yang masih menganggur memaklumkan akan tinggal di rumah ibu bapanya selepas berkahwin. Malah, gambar Rio duduk bersama dua bakal isterinya telah pun tersebar di media sosial.

Saya belum bekerja, masih ikut ibu bapa.

Cemburu itu pasti, apatah lagi kekasih pertama cemburu saya ada kekasih lagi.

Sementara itu, Rio mengakui telah bercinta dengan Desi yang merupakan orang kampungnya di Musi Banyuasin. Bagaimanapun, Rio telah berkenalan dengan seorang lagi gadis bernama Suci ketika dalam perhubungan dengan teman wanitanya itu. Akibat tertarik, Rio akhirnya menjalin hubungan dengan Suci.

Menurut Rio, ibu bapanya yang bertanggungjawab menguruskan urusan pernikahannya itu.

Sumber: Tribun Trends

SKIP THIS AD ×