berita

Fuad Rahman Bakal Nikahi Tom Sebelum Ramadan Tiba

February 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Sebelum ini pernah timbul desas desus yang mengatakan penyanyi Fuad Rahman dan Tom sudah berkahwin kerana terlebih mesra.

Namun, khabar angin itu sama sekali tidak benar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Hanyut’ – Fuad Rahman & Tom

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fuad Rahman & Tom Rancak Menari Dalam Kereta, Netizen Respon, ‘Sepadan La Mereka Dua Ni’

Buat yang wajib dahulu

Terbaru, bekas peserta musim kesembilan rancangan Gegar Vaganza (GV9) ini telah mengesahkan bahawa akan berkahwin dengan Tom yang juga peserta rancangan tersebut sebelum bulan Ramadan tahun ini.

Kami mahu mengadakan majlis pernikahan terlebih dahulu. Majlis resepsi pula mungkin dibuat selepas Aidilfitri nanti.

Penyanyi yang berasal dari Singapura ini juga berkata dia dan Tom sudah pun mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga bagi meneruskan niat mereka untuk berumah tangga dalam masa terdekat ini.

Untuk rekod, Fuad Rahman, 43 sebelum ini pernah berkahwin dua kali manakala kekasihnya Tom, 36, pula tiga kali berkahwin dan mereka dikurniakan anak-anak hasil perkahwinan terdahulu. Hubungan mereka dilihat kian mesra terjalin selepas menyertai GV9.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×