Perkongsian terkini penyanyi Fuad Rahman bersama isteri, Tom di laman sosial miliknya telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: ‘Nak Meluncur Tak Nak Pakai Baju Pun Pergilah’ – Fuad Balas Kenyataan Tom Bakal Bercerai

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Nak Bercerai Dengan Fuad, Sebab Curang Dengan Lelaki Lain’ – Tom

Sudah berbaik?

Menerusi hantaran di Instagram Story, Fuad atau nama sebenarnya Mohamed Fuad Abdul Rahman, 47, mengulang siar hantaran Tom yang memperlihatkan mereka saling teruja dan berpeluk erat.

Dia isteri, dia halal bagi aku dan aku yang pikul segala beban yang dia lalui dahulu.

Dia terima aku seadanya, ubah hidup aku yang selalu sedih hinggakan aku tersenyum selalu.

Dalam masa sama, Fuad turut menyifatkan momen tersebut sebagai hadiah istimewa untuk cahaya mata mereka.

Hadiah hari jadi Anggun yang dia mahu.

Allah yang paling terbaik. Ini untuk Anggun.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga pasangan ini sedang dilanda masalah. Namun, Tom dan Fuad menafikan perkara tersebut dan masih baik dan tiada sebarang perselisihan berlaku.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 selepas mereka sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia 2 tahun.

Sebelum itu, Tom juga pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun berakhir dengan perceraian. Hasil perkahwinan tersebut, dia memiliki tiga orang cahaya mata lelaki.

Sumber: IG Story