berita

‘Nak Ada Lagi Sorang Kena Terus Kahwin’ – Tak Mahu Suami Berlaku Curang, Tom Bagi ‘Lesen’ Fuad Rahman Beristeri Dua

April 24th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Penyanyi Tom memberi keizinan sekiranya suaminya, Fuad Rahman ingin bernikah satu lagi.

Artikel berkaitan: Fuad Rahman & Tom Umum Nama Anak – ‘Putri Anggun Lovellia’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Cara Fuad Rahman Dodoi Anak Kena Kecam, Tom Tampil ‘Back Up’ Suami – ‘Dia Bagi Dengar Zikir Selepas Solat’

Kena terus kahwin

Menerusi hantaran di Instagram Stories, keputusan itu dibuat kerana Tom tidak mahu Fuad berlaku curang dibelakangnya.

Kalau you nak baby lagi, saya izinkan you nak kahwin lagi sorang sumpah demi Allah.

Tapi dengan syarat you jangan ada girlfriend dan bercinta-cinta belakang saya. Kalau you nak ada lagi sorang, you kena kahwin.

Tak ada perempuan lain belakang saya maksudnya perempuan simpanan, kalau you nak kahwin terus jadi isteri kedua. Saya bagi awak kahwin.

Sementara itu, Fuad akui terkejut dengan kenyataan isterinya itu namun dia menolak tawaran Tom sekeras-kerasnya.

Takde, takde. Saya sayang awak. Saya tak pernah dengar benda macam ni. Ini pertama kali tau.

Lesen tak lesen, kalau you bagi kahwin pun terus terang cakap saya tak ada sesiapa yang saya nak kahwin dah. You last, you dah kira nombor tiga tau. Cukup dah tak nak. Saya tak mampu.

Enough is enough. Cukup satu isteri dan seorang puteri bapak ni.

Undang kemarahan wanita

Kemudian, kenyataan Tom tersebut mengundang kemarahan netizen yang seakan meminta perkara yang kurang digemari kaum hawa.

Ramai DM saya terutamanya perempuan marah dengan kenyataan kalau satu hari nanti Fuad nak kahwin lain, saya kasi.

Dorang cakap jangan minta benda yang tak ada. Tom bukan minta, saya cuma cakap kalau Fuad rasa nak ada isteri kedua, saya okey cuma saya tak nak dia bercinta belakang saya dan ada perempuan lain.

Kalau terus kahwin, okey. Saya memang beri keizinan dan saya betul-betul maksudkan perkara itu.

Untuk rekod, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Putri Anggun Lovellia.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai dua orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

SKIP THIS AD ×