berita

Fyza Kadir Sedar Tak Berbakat Berlakon, Habis ‘Shooting’ Mesti Menangis

March 5th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

fiza kadir 2

Pempengaruh dan pelakon Fyza Kadir nekad untuk tidak meneruskan karier dalam bidang lakonan selepas menceburi pada tahun 2011.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Berat Hati Tolak Tawaran Mengacara Di Indonesia, Risau Bersalin Awal & Fikir Prosedur Dokumentasi Leceh

Artikel Berkaitan: Kurang Semangat Untuk Berlakon, Haeriyanto Sedang Berjinak-Jinak Sebagai Pengarah

Balik mesti menangis

ARIANI

Ketika ditemui OhBulan!, Fyza mengakui tidak berbakat namun Pengarah Urusan MIG, Mejar (K) Datuk David Teo mahu menjadikannya sebagai seorang aktres.

Kata Fyza, dia hanya mampu bertahan selama setahun dan kemudian memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan suami, Ahmad Feruz Zainal Abidin.

Sebenarnya masa saya jumpa David Teo, dia kata saya ada rupa sikit… dia kata saya boleh jual, why not cuba. Jadi saya cuba la tapi saya tak ada bakat. Jadi saya berhentilah.

Sebab setiap kali selesai satu babak, saya balik mesti menangis. Ia sangat sukar untuk saya nak buat (berlakon). Jadi, no more la. Lagipun saya ini pemalu, suara pun tak keluar.

Saya jadi takut bila ada ramai lelaki. Memang lepas saya kahwin terus berhenti berlakon.

Fyza ditemui ketika di sidang media Raya Ariani 1001 Tales yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tak pandai berlakon

fiza

Dalam pada itu, Fyza turut mendedahkan dari awal lagi dia sudah memberitahu David Teo mengenai dirinya yang sememangnya tidak pandai berlakon.

Ada orang beri nama saya kepada David Teo dan dia panggil saya datang ke pejabatnya. Tapi awal-awal lagi saya dah beritahu yang saya memang tak pandai berlakon.

Tapi dia jumpa saya hari ini, esoknya dah ada job dah. Masa itu saya fikir, ‘Ya Allah apa nak jadi dengan saya ini.’ Dia dah buat keputusan nak juga saya, tak kira macam mana… saya kena berlakon saja.

Untuk rekod, Fyza pernah membintangi beberapa filem antaranya Nongkrong, Ajiboy, Pe3 dan Senario Ops Pocot.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×