berita

[VIDEO] Uyaina Arshad Berat Hati Tolak Tawaran Mengacara Di Indonesia, Risau Bersalin Awal & Fikir Prosedur Dokumentasi Leceh

February 29th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

uyaina ariani

Foto: Instagram Uyaina Arshad & Fazs Faozi

Pelakon Uyaina Arshad mendedahkan rezekinya dalam bidang pengacaraan mencurah-curah sepanjang hamil apabila menerima tawaran untuk menjadi pengacara di Indonesia untuk program realiti Akademi Sahur pada bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Dedah Gadis Pinjam Baju Tak Ada ‘Common Sense’ – ‘Bau Ketiak & Ada Kesan Bocor Darah Kering’

Artikel Berkaitan: Suami & Ibu Mentua Uyaina Arshad Paling ‘Chill’ – ‘Tak Pernah Kisah Saya Pandai Siang Ikan Ke Tak’

Seronok bekerja di Indonesia

uyaina indonesia

Ketika ditemui OhBulan!, Uyaina bagaimanapun terpaksa melepaskan tawaran berharga itu kerana perlu mengutamakan dirinya yang sedang hamil tujuh bulan.

Kata Uyaina, 32, dia mengakui berat hati untuk menolak kerana bayaran yang akan diterima agak lumayan malah persekitaran kerja dan tempat tinggal di sana sangat selesa.

Pada mulanya, memang saya terima tawaran itu tetapi apabila memikirkan kandungan bakal memasuki usia lapan bulan dan perlu berada di Indonesia selama sebulan sepanjang Ramadan saya terpaksa menolak.

Sekiranya melahirkan di sana (Indonesia) proses dokumentasi untuk anak saya mungkin akan jadi sukar selain saya perlu tinggal lebih lama untuk meneruskan berpantang. Saya berat hati juga untuk melepaskan tawaran ini.

Sebab saya tahu program tersebut memang menarik. Mengacarakan program Indonesia memang seronok. Bayaran yang ditawarkan juga bagus, selain mereka (kru produksi) sangat menjaga kebajikan saya dengan baik sepanjang berada di sana.

Saya diberikan rumah, pemandu peribadi, jurumekap dan saya sebenarnya hanya perlu bawa diri sahaja ke sana.

Uyaina berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran dan sidang media Raya Ariani 1001 Tales yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada petang Rabu.

4 tahun jadi duta

uyaina bella lisa ariani

Sudah masuk tahun keempat dengan keluarga Ariani, pengacara program Wanita Hari Ini bersyukur kerana masih lagi dikekalkan sebagai duta jenama bersama Bella Dally dan Datin Lisa Surihani.

Katanya, Ariani menjadi saksi fasa kehidupannya dari hidup solo, kemudian berkahwin dan mengandung anak pertama dan kini sedang sarat hamil cahaya mata kedua.

Alhamdulillah saya masih lagi diberi kepercayaan untuk membawa jenama Ariani walaupun saya sedang hamil. Saya rasa mesti ada sebab kenapa Ariani masih mengekalkan saya sebagai duta kerana saya melalui fasa-fasa berbeza dalam kehidupan.

Dari mula saya memakai baju bersaiz XS hinggalah kini M atau XL mengikut potongan baju. Walaupun berubah saiz tetapi saya masih tetap boleh bergaya dengan rekaan Ariani.

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun.

SKIP THIS AD ×