berita

G-Dragon 2013 World Tour: ONE OF A KIND Live In Malaysia!

April 8th, 2013 | by M
Kini Trending

G Dragon 01

G-Dragon, ketua kumpulan Big bang yang mendominasi pelbagai anugerah di 27th Golden Disk Awards bertempat di Litar Sepang, Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu akan membuat kemunculan secara solo pada bulan Jun depan!

Konsert solo seumpamanya di Malaysia, G-Dragon 2013 World Tour : ONE OF A KIND bakal diadakan secara besar-besaran di Stadium Nasional pada 22 Jun 2013 bermula pukul 8 malam.

G Dragon 03

Penganjur melalui siaran media menjanjikan anda dengan keterujaan maksima kerana G-Dragon akan mengegarkan pentas dengan persembahan solonya yang terkini, One Of A Kind. Album berkenaan telah menduduki carta jualan tertinggi di Korea selepas album pertamanya, Heartbreaker yang dilancarkan pada tahun 2009.

Kejayaan One Of A Kind turut menobatkan 2 single melalui ‘Crayon’ & ‘That XX’ yang mencatatkan rekod hit di carta-carta terkemuka Korea sebaik sahaja ia dilancarkan.

Konsert solo ini diadakan secara terbuka bagi memberikan pengalaman yang amat bermakna dan unik kepada anda, terutamanya peminat G-Dragon.

Jelas sekali, pengaruh K-Pop di Malaysia amat besar sehingga menjadi sasaran pihak penganjur bagi memenuhi permintaan peminat yang dahagakan persembahan bertaraf dunia! Harga tiket akan diumumkan kemudian.

Video selepas ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.