Umum tahu nama G-Dragon tidak asing lagi terutamanya di dalam dunia hiburan dan fesyen. Namun, sekali lagi dia telah membuktikan namanya di dalam dunia fesyen dan mampu mengatasi nama-nama global wow!
Artikel berkaitan: ‘King Is Back’ – Momen G-Dragon Dirai Peminat Selepas 2 Tahun Jalani Latihan Tentera
Masih berbisa
Penyanyi itu ternyata masih berbisa apabila turut tersenarai di tangga ketiga teratas dalam bahagian selebriti untuk Fashion IP List 2021 yang dikeluarkan oleh sumber platform kerjasama Suntchi Fashion Exchange dan platform data Alibaba CBNData.
Anggota Big Bang tersebut meletakkan dirinya melepasi beberapa nama besar lain iaitu Rihanna, Justin Bieber, Ariana Grande dan Beyonce. Senarai berkenaan telah membariskan IP (intellectual property) fesyen global yang paling bernilai di China dari segi jenama pereka, pereka fesyen, artis, selebriti dan influencer.
Pengaruh dinilai
Pengaruh mereka dinilai berdasarkan tiga standard yang telah ditetapkan iaitu indeks penggunaan, kekerapan carian dalam enjin carian China Baidu dan populariti menerusi laman Sina Weibo seperti Twitter.
Menerusi senarai tersebut, dalam bahagian selebriti, pelakon China, Shawn Yue menduduki tempat pertama, diikuti supermodel China, Liu Wen dan kemudiannya G-Dragon. Manakala bagi senarai keseluruhan, G-Dragon merupakan satu-satunya selebriti Korea yang disenaraikan.
Sumber: allkpop