berita

[VIDEO] ‘King Is Back’ – Momen G-Dragon Dirai Peminat Selepas 2 Tahun Jalani Latihan Tentera

October 27th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Mereka yang mengikuti perkembangan dari Korea Selatan pastinya mengetahui bahawa negara itu mewajibkan perkhidmatan ketenteraan selama dua tahun kepada kaum lelaki yang berusia di antara 18 hingga 35 tahun. Dasar ketenteraan itu telah wujud sejak tahun 1957 dan ia tidak mengecualikan sesiapa termasuklah golongan artis di negara itu.

Justeru semalam mungkin menjadi hari yang paling menggembirakan buat peminat fanatik kumpulan K-pop terkenal, Big Bang apabila seorang ahlinya, G-Dragon telah selamat menjalani perkhidmatan itu dan bakal kembali beraksi di pentas hiburan selepas dua tahun ‘berehat’.

Dirai peminat

G-Dragon selesai menjalani khidmat ketenteraan di ibu pejabat Pusat Operasi Darat Tentera Korea di tenggara ibu kota Seoul.

Tidak sabar menanti kepulangan penyanyi itu, seramai 3000 peminatnya telah berkumpul semalam bagi meraikan ketua kumpulan Big Bang berkenaan.

Menerusi laporan Reuters, G-Dragon pada awalnya dijadualkan keluar dari sebuah pangkalan berhampiran sempadan dengan Korea Utara namun lokasi itu terpaksa diubah bagi membendung kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Seramai kira-kira 500 peminat dari China, Jepun dan juga negara Asia lain telah menunggu lebih awal di luar pangkalan tentera semalaman dalam cuaca sejuk. Penantian mereka membuahkan hasil apabila melihat kemunculan artis itu pada sekitar jam 8 pagi semalam.

Peminat terharu

Di Twitter, video kemunculan G-Dragon selepas menamatkan perkhidmatan tentera menjadi viral dan mendapat perhatian para peminatnya dari seluruh dunia.

Video yang dikongsikan pengguna Twitter YG_Drag itu sudah pastinya membuatkan rata-rata peminat fanatik selebriti itu gembira dan terharu.

Peminat Malaysia pun seronok

Malah, peminat Big Bang di Malaysia juga turut tidak ketinggalan berasa gembira dengan penamatan khidmat ketenteraan penyanyi berusia 31 tahun itu.

Sumber: Reuters, Soompi, Koreaboo, Twitter YG_Drag, Twitter brgsjks

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×