Seramai 5,500 peminat yang hadir bukan satu angka yang kecil dan itu sekaligus membuktikan kemeriahan konsert band terkenal dari Indonesia Noah dalam konsert ‘Noah Menemaniku Kuala Lumpur’ yang berlangsung di Mega Star Arena, pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selamba Cium Dikhalayak Ramai, Netizen Syak Ariel & BCL Dilamun Cinta?
Artikel Berkaitan: Luar Biasa ‘Menangis Diam-Diam’, Berjaya Catat 4 Juta Tontonan
Momen Noah Menemaniku Kuala Lumpur
Noah yang dianggotai enam jejaka tampan berjaya memukau seluruh penonton menerusi untaian lagu popular milik mereka dengan cukup cemerlang.
Kehebatan suara vokalis Noah iaitu Ariel memang tidak perlu disangkal lagi, cukup rasa dan kekal berstamina sepanjang 2 jam 30 minit konsert berlangsung.
OhBulan! berkesempatan menjadi saksi kepada kejayaan konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur yang dibawakan oleh Yolo Malaysia. Oleh itu, jom kami kongsikan kepada anda 8 momen menarik yang berlaku:
#1. Awal-awal dah meriah
Pentas konsert dibuka dengan lagu bergenre sedikit rancak berjudul Topeng sekali gus menaikkan adrenaline penonton. Biarpun pentas baru sahaja dibuka, penonton tidak menyimpan tenaga mereka sebaliknya terus all out menari dan melompat memecah keheningan suasana.
#2. 24 lagu dinyanyikan
Sebanyak 24 buah lagu telah disampaikan dalam konsert tersebut, antaranya Separuh Aku, Menemaniku, Kisah Cintaku, Di Atas Normal, Di Balik Awan dan banyak lagi.
Turut tidak terlepas untaian lagu galau yang sering menjadi siualan peminat iaitu Tak Bisakah, Semua Tentang Dia dan Cobalah Mengerti.
#3. Penampilan istimewa Joe Flizzow
Kemeriahan konsert turut diserikan dengan penampilan penyanyi rap popular tanah air iaitu Joe Flizzow. Ternyata kejutan buat peminat apabila Ariel mengumumkan Noah mempunyai sebuah lagu duet baharu bersama Joe berjudul Suara Dalam Kepala.
Kata Ariel, lagu tersebut pertama kali dinyanyikan secara langsung di hadapan umum.
#4. Ariel buat magic
Ketika di pertengahan konsert, Ariel tiba-tiba turun dari pentas utama dan menghilangkan diri. Ternyata penyanyi tampan itu membuat kejutan muncul di antara ribuan penonton dan kemudian menyanyi di sebuah pentas kecil di sisi dewan.
Pandangan penonton yang sebelum ini tertumpu ke arah hadapan bertukar ke tengah dewan untuk melihat band kesayangan mereka menyampaikan lagu Ku Katakan Dengan Indah dan Bintang Di Syurga.
#5. Wanita bertuah dengan mawar putih
Seorang penonton wanita menjadi individu paling bertuah pada malam tersebut apabila dia dipilih untuk naik ke atas pentas selepas dia berjaya mendapatkan bunga mawar putih yang dijatuhkan dari atas.
Peminat bertuah yang dikenali sebagai Shuhada itu turut berpeluang duduk bersama Ariel di atas pentas ketika menyampaikan lagu Ini Cinta. Ternyata ramai peminat di bawah terutama golongan wanita yang makin hati dan cemburu. Malah gadis tersebut dipeluk oleh Ariel sebelum dia meninggalkan pentas.
#6. Bakal berehat panjang
Dalam pada bergembira, Ariel mewakili Noah berkata band itu akan berehat panjang selepas ini dan menjadikan konsert di Malaysia sebagai lokasi terakhir mereka untuk tahun ini.
Konsert ini akan menjadi show terakhir Noah sebelum kami semua berlibur (bercuti) panjang.
#7. Terbang ke udara
Ketika lagu Di Balik Awan disampaikan, satu gimik dilakukan apabila Ariel dibawa ‘terbang’ naik ke atas udara dengan menggunakan platform berpagar.
Persembahan tersebut seakan membawa penonton turut terbang di awan-awangan yang diserikan dengan skrin led memaparkan balon panas.
#8. Titip penghargaan buat peminat
Sementara itu, Ariel turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang hadir menyaksikan konsert Noah. Kata Ariel, kerinduan mereka terubat sekali lagi selepas kali terakhir menjejakkan kaki di Malaysia tahun lalu di Zepp Kuala Lumpur.
Kali terakhir kami datang sini tahun lalu, lokasinya agak kecil, jadi kali ini pilih yang lebih besar tapi masih kelihatan kecil ya.
Terima kasih semua yang hadir. Saya akan merindui KL dan semua penonton yang luar biasa.