berita

[VIDEO] Selamba Cium Dikhalayak Ramai, Netizen Syak Ariel & BCL Dilamun Cinta?

October 12th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa hari lalu, nama penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari dan Ariel Noah menjadi bualan hangat wargamaya selepas aksi mesra mereka di sebuah konsert dirakam peminat.

Artikel Berkaitan: Lapan Bulan Berkurung, BCL Perlu Kekuatan Untuk Pulang Ke Malaysia – ‘Bukan Senang Ke Tempat Yang Banyak Memori’

Artikel Berkaitan: Bunga Citra Lestari Sambut Ulang Tahun Ke-44 Ashraf Sinclair Di Kubur, Ucapan Cinta Undang Sebak – ‘Saya Rindu Awak’

Aksi Ariel cium pipi BCL

Menerusi video yang tular memaparkan Bunga atau lebih mesra dengan panggilan BCL yang mengenakan dress berwarna putih berada di bawah pentas sambil melayan peminat. Kelihatan isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu kemudian menyapa Ariel sebelum pelantun lagu ‘Menghapus Jejakmu’ itu mencium pipi BCL.

Aksi tersebut secara tidak langsung menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka berdua sedang hangat bercinta. Bukan itu sahaja, keakraban Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham bersama anak lelaki BCL iaitu Noah juga seakan memberi tanggapan bahawa mereka memiliki hubungan istimewa.

Belum terbuka terima lelaki lain

Susulan dengan isu tular tersebut, BCL tampil menjelaskan bahawa dia dan Ariel bukanlah pasangan kekasih seperti yang didakwa ramai sebaliknya hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan baik.

Sebelum ini, BCL mengakui bahawa hatinya masih belum terbuka hati untuk bersama mana-mana lelaki selepas pemergian Allayarham Ashraf.

Untuk rekod, Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 di Jakarta akibat serangan jantung pada usia 41 tahun.

Pasangan itu berkahwin pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 13 tahun.

Video

Sumber: Pikiran Rakyat, Tribunnews

SKIP THIS AD ×