berita

Gadis Cantik Maut Tercekik Muntah Sendiri Ketika Main ‘Fun Fair’

September 3rd, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Daily Star

Keterujaan seorang gadis ketika menaiki permainan di sebuah taman tema bertukar tragedi apabila dia dilaporkan meninggal dunia akibat ‘tersedak’ muntah. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di daerah Avcilar, Turki, Istanbul.

Gadis muda maut

Foto: Daily Star

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Star, gadis muda dikenali sebagai Zeynep Guynay, berusia 19 tahun dikatakan ‘tersedak’ muntahnya sendiri ketika menaiki sebuah permainan yang dipanggil Kamikaze. Difahamkan, mangsa muntah ketika menaiki Kamikaze yang secara tidak langsung menyebabkan saluran pernafasannya ‘tersekat’ sebelum disahkan meninggal dunia.

Keluarganya mendakwa melihat mangsa yang berada dalam keadaaan ‘tekanan’ dan berulang kali meminta pengendali permainan tersebut untuk menghentikannya namun, permintaannya sama sekali tidak diendahkan. Selepas gadis itu turun daripada permainan itu, ahli keluarganya diminta untuk menamparnya dua hingga tiga kali dengan harapan dia akan sedar.

Susulan daripada itu, gadis ini dibawa ke hospital dengan ambulans sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba. Kini, pihak keluarga bercadang untuk mengambil tindakan bagi menuntut keadilan atas kematian gadis muda itu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×