Sekadar gambar hiasan
Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mengimpikan perhubungan tersebut berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Namun, kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang dan segalanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Bagaimanapun, jika hubungan itu terkandas di tengah jalan, kedua-dua pihak perlu menerima dengan hati yang terbuka dan tidak perlu lagi berdendam antara satu sama lain.
Ex tak boleh move on?
Foto: Tangkap layar video
Seperti video dikongsi seorang gadis menerusi laman TikTok, dikenali sebagai Wawah Roslan mendakwa dirinya telah diperlakukan dengan kejam oleh bekas kekasihnya. Ujar gadis ini, bekas teman lelakinya telah bertindak di luar kawalan dengan mencekik dan menampar mukanya sebelum bertindak merentap lengannya.
Dah ex pun, setahun dah tak ada apa-apa. Asal tak boleh move on? Menyesal?
Susulan daripada apa yang telah terjadi, gadis ini telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan pemeriksaan secara menyeluruh di hospital berikutan kecederaan yang dialaminya. Bercerita lebih lanjut, gadis ini menjelaskan dia sudahpun berpisah dengan lelaki itu sejak setahun yang lalu.
Banyak mesej masuk, minta maaf tak sempat nak reply satu, satu. Cerita dia macam ini, semalam saya keluar, sampai rumah ex depan rumah. Apa masalahnya, bukan bini pun, memang setiap hari akan pacak depan rumah walaupun dah kena block. Semalam adalah bertengkar, pastu ex pukul saya, pukul 3 pagi baru selesai buat laporan polis dan pemeriksaan doktor.
Video penuh:
@wawahroslanExxxx gilooo yanggg takbolehhhh moveonnn sampaiii nak pukullllll akuuuuuu, kita setelll kat mahkamahhh okayyy????? original sound – user8257687146481
@wawahroslan ???
Sumber: Wawah Roslan