berita

Gadis Maut Kereta Dipandu Bertembung Lori Hino 5 Tan

January 4th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Seorang gadis berusia 21 tahun meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Simpang Renggam, Kluang, semalam (Selasa).

Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Wanita Maut Diseret Kereta Sejauh 12 KM, Lima Pemuda Ditahan Bantu Siasatan

Artikel Berkaitan: Seorang Maut, Puluhan Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Lebih 200 Kenderaan

Menurut Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Muhammad Nizar Ma’mun memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 7.33 malam.

Berikutan panggilan terbabit, seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa, Tasnim Nazatul Amiera Mohd Nasrun, 21, yang memandu kenderaan jenis Hyundai Atos telah bertembung dengan sebuah lori Hino lima tan. Susulan daripada itu, kemalangan telah menyebabkan gadis berkenaan tersepit di tempat duduk pemandu.

Mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Jelas Nizar, pemandu lori terbabit, Mohd Suhaimi Samsudin, 42, tidak mengalami sebarang kecederaan. Malah, operasi ditamatkan pada 9.42 malam.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×